HOME

Cari Cepat!

Loading...

Cuba Tengok Ni!

Thursday, December 09, 2010

7 Perkara Menarik Saya Baru Tahu Di Bali

It is crucial untuk kita sedar bahawa apabila kita melawat ke negara orang, harus kita pahat dalam kepala dan otak kita (Cuba baca sekali lagi tanpa 'dan', HIHI) yang budaya tempat yang dituju mungkin ada samanya dengan budaya kita di Malaysia, mungkin juga banyak bezanya. Mana nak tau kan kalau tak berjalan? It is interesting to go somewhere out of our place and learn something new about different cultures kerana itu akan membuka luas skop perspectives kita dalam menilai satu kehidupan. Bagaimana dan cara kehidupan kita di Malaysia, mungkin tidak sama seperti orang lain. Kadangkala kita merasakan kehidupan  kita ini begitu susah, tapi apabila kita berjalanlah, kita akan value kehidupan yang kita ada ini dan merasakan kita lebih bernasib baik. Alhamdulillah. :')

Walaupun intro entri kali ni macam 'Apahal-Kau-Nak-Serious-Tone-Rancangan-RTM?!, tapi betul, saya rasa in the end, kita semua lebih patut menghargai kehidupan kita sekarang. Jadi, apa 7 perkara yang kita patut tahu bila ke Bali? Mungkin ada among korang pun dah pun pergi Bali, and macam dah khatam semua pasal Bali boleh buat travel journal A-Z, atau jadi author buku  colour hitam-kuning Holiday in Bali For Dummies, tapi takpa, 7 perkara ni mungkin boleh ganti souvenir yang saya  pulang dari Bali. Teehehe. Mana mampu nak beli souvenir untuk semua orang kan. Lagipun, Ummi saya  dah pesan dari kecik, 'Sharing is Caring' Well, I am trying to be caring here, you see. HIHI. :') Jom mulakan!


1. Balinese people is very famous with their fine skills in sculptures-making, wood cravings, hand-craft products and etc.
Kedatangan kami dari Denpasar International Airport, Bali disambut oleh massive sculpture cerita hindu, Ramayana yang nampak sungguh dramatik dan real. Hebat sungguh. Kagum.

Ini pulak Facade Entrance untuk Tanah Lot, ada temple dan tempat shopping sekali. Kalau boleh enlarge dan untuk zoom setiap details ukiran, silakan. Anda akan menangis. :')

2. Watching sunset adalah aktiviti harian yang perlu diminati.

Alhamdulillah. Allah bagi nikmat free-of-charge nak tengok view macam ni. Kalau kena bayar, confirm tak mampu. T.T

Apabila saya meneliti tentatif jadual percutian, setiap hari sampai nak balik sekali pun, setiap petang di sana mesti ada slot 'Watching Sunset at _____ Beach' (Isi tempat kosong nama beach apa, sebab setiap hari lain beach.) Benda macam tu buat saya tertanya, 'Apa motif tengok sunset setiap hari? Mungkin dorang saja nak selitkan sebab dah tak tau nak buat apa or bawak kita pergi mana?!' Tanggapan nakal macam tu memang biasa dalam fikiran kita kan. Rupanya TAK. Rupanya according to Pak Jimmy (Jangan bayangkan Jimmy Shanley) yang membawa kami bersiar-siar, bagi Balinese, watching sunset is actually a way of attribution to pay their respects to their Sun God, named Surya.

Matahari yang terik dan bersinar membenarkan mereka bekerja, berniaga, bercucuk tanam padi berteres di lereng bukit. Sebab tu at the end of the day, watching sunset sambil berdoa kepada Sun God mereka untuk hari yang lebih baik untuk esok adalah aktiviti harian mereka. Generally, tempat-tempat shopping sekalipun akan tutup sejurus hari sudah gelap melainkan shopping malls atau hot-spots shopping bagi tourists tersayang. You see there? Mana kita nak tau kan budaya orang lain kalau kita tak berjalan!? Mana kita nak tau dia ada Sun God semua kan!? Phew.

Nah ambik gambar Pak Jimmy satu round pakai batik Jawa sambil layan muka stim main pool. Malas nak layan e-mail tanya handsome ke Jimmy tu, nak request gambar Pak Jimmy lah semua. T.T Save dalam laptop sekarang!


3.    Jangan takut nak cakap 'Babi'; it is not considered as cursing or a bad word at Bali.

HAHA. Alhamdulillah, masih belum nampak signage jual hidangan sate sebegini ganas di Malaysia. :')
Kalau anda sedang berjalan-jalan di jalan di Bali. Hish, bahasa boleh permudahkan tak, kalau anda sedang jalan-jalan je lah.  OK, sambung cerita, ada yang bertanya di Bali 'Mas, Mau makan _____(Sila isi sekali lagi sebab ada Sate, Burger, Nasi Goreng, pilih yang paling sedap, HIHI) babi enggak?', janganlah terus hayunkan penumbuk  bengang kat muka orang tu kata orang tu kurang ajar semua lepas tu mencarut maki balik orang tu semua. Tak molek eh? Sebabnya mereka hanya menjalankan kerja mereka untuk menarik customer masuk ke kedai makan mereka je sebenarnya. 

As most of the Balinese are Hindu-Bali basis, jadi untuk memakan daging haram itu sememangnya tidak menjadi masalah UNTUK MEREKA. Cuba imagine muka a typical Indonesian (Sila ambik muka Pak Jimmy sebagai contoh.) tapi agamanya Hindu-Bali. Mana nak lah kita nak tau kan? Sama lah macam dorang. They wouldn't truly know how to differentiate the religions based on our faces. Tapi untuk kita yang bergelar Muslim, memang sah-sahlah haram kan. No question about it lah.
Cara saya mengelak soalan macam tu ialah jalan bersembunyi di belakang Ummi yang bertudung. Jadi dorang takkan tanya sebab dah tau kita Muslim.Tapi sebab atas bukit macam ni takda orang jual hidangan babi, maka Ummi yang bersembunyi di belakang saya kali ni. HEHE. :')


*Hati dah mula rasa bersalah by now sebab dah banyak type nama binatang tu. T.T

4. Jangan terkejut kalau anda dikejar peminat-peminat fanatik sampai ke kereta walaupun followers anda di blog masih kurang dari 100.

Fanatik sangat ni, sampai nak masuk kereta pun tak lepas. Peminat tersayang. :')



Peminat atau peminta? HAHA. Mereka yang dimaksudkan sebagai peminat ni sebenarnya hanya nak menjual barang-barang souvenir untuk tourists yang berkunjung ke Bali. But one thing about them, they are VERY persistant. Jangan sentuh barang jualan or tanya suka-suka Ni-Harga-Berapa-Eh? sebab once dah sentuh or tanya, they will push you to buy. They can be very persuasive and yet so pushy, jadi pandai-pandai lah. Takkan lah gedik gila nak ajar macam mana nak cakap 'Enggak Mau' kann. T.T

Walaupun rambut messy haram, muka still lega dan gembira dapat membelah kerumunan peminat sebab peminat dah beralih perhatian kat artis yang lebih kaya kat belakang, Ummi dan Abah. :')


5. Bali is a good place to go to buy your home furnishings products besides Ikea.

Cermin sebesar tu kalau convert to Ringgit Malaysia about less than RM 300. You gotta pay double or more if you see these at SSF Deco. HIHI.
Kaum ibu khususnya mesti menggemari tempat-tempat macam ni untuk berbelanja. Lihatlah, begitu khusyuknya Ummi saya. T.T



Dari furnitures, frames dan mirrors, fabrics, hinggalah ke landscape furnishings, semuanya ada kat Bali. Janganlah bila kata nak beli home furnishings asyik ingat Ikea je. Tahu;lah ada Meatballs. T.T Lepas ni cuba ingat Bali pulak? It's one-stop-centre bagi semua keperluan rumah yang mengimpikan konsep Bali. It is definitely affordable and cheap as we buy directly from them without being transported to Jakarta or anywhere else. Kalau nak hari-hari rasa bercuti di Bali, mungkin boleh consider untuk membeli semua barang-barang di atas dan reka your own Bali at home. Hari-hari rasa bercuti. Tak teruja ke?! :')




6. Upin & Ipin famous kat Indonesia!


Seorang budak kecil tidur dengan nyenyak atas yoga mat purple and gambar tidur dia dah kena snapped. Tehehe. Kalau nak remove, tolong e-mail sahajalah.

Di sebalik mainan-mainan kereta dan lori, ada satu bag yang menarik perhatian.


Kalau korang dengar slang mereka cakap dengan korang macam slang KL macam 'Nak makan ape, Tanye aje, Kita pergi mane-mane', cube tanye, EH TAK TERIKUT PULAK. Cuba tanya "Kamu nonton Upin & Ipin ya?" Usually mesti jawapan mereka positif. YES. Menerusi Wikipedia pula,  



"Indonesia has been the most obvious export market for Upin & Ipin. Upin & Ipin has also been praised by the Indonesian press; for instance, Fadil Abidin for Analisa who remarked on the vastness of moral content and Islamic values, such as respect for those of different ethnic or religious backgrounds, in a communal setting consisting not only of Malays, Chinese and Indian Malaysians, but also Indonesians.", Wikipedia.



The best part is bila dapat tahu yang voice-over untuk all the characters are still maintained from our Malaysians! Nasib baik Upin & Ipin tak di-indon-kan. Mungkin sebab surat beranak dorang still kat Opah dorang kat Malaysia. Fuh, nasib baik. :')







7.You should do scuba diving before you get too old to do it.


Yang lambai-lambai sambil cakap 'Hello Semua!' tu apahal? Macam ikan-ikan tu semua faham?!


Eh, boleh ke ni? Mata dah kecik macam takut je. Kalau rasa tak boleh jom kita naik bot tengok turtle je?

OK, dah mengangkat simbol keamanan, eh peace untuk tunjukkan dah selesa dan yakin. Confident nampaknya budak ni.


Hmmm. Mula nak buat pandangan tajam budget tengah snap kat atas darat nampaknya. T.T

 
OK. DAH. Sebabkan semua dah start senyum-senyum busuk 7 meter di bawah laut and ada pulak yang start nak pose macam robot kat sebelah, semua dah boleh consider annoying.


 
Oleh sebab dah start annoying and pantang bagi chance sekit, dah selesa sekit terus nak senyum-senyum, dan pose robot dalam air, mari kita beralih ke hidupan laut yang sebenar. Phew. :') Oleh sebab terlalu banyak type and species ikan, takkan lah saya nak upload semua, kang orang ingat blog jual ikan ke apa pulak kan. T.T Tapi rasanya for the best experience, korang kena check-it-out yourself lah kata John. Siapa pulak John tiba-tiba muncul ni?! Yelah, bak kata Matt, seeing is believing. Matt ni pulak kawan John ke?! Bikin confused je. T.T
Ikan 1: Dah ar, jom blah ar! Rimas doh, orang ambik gambar. Takda privacy nak swim. Bye!
Ikan 2: Chill sudah. Eh, aku tengah pose robot macam budak tadi buat. Jadi tak ni?!

Jangan expect gambar ni akan kembang-kuncup macam tengok kat Discovery Channel tu ya.


Alhamdulillah, takda apa-apa yang buruk berlaku kepada cucu Maktok ketika scuba diving. Setakat gigitan-sayang dari ikan-ikan sekit tu biasalah. Mengadalah kalau tak nak kena apa-apa langsung.:/


Selepas empat hari di Bali, plane pun menanti, panggil kita balik. Maktok pun dah tak sabar-sabar sangat  dah ni nak belajar resipi kek dari Jamie Oliver dalam flight nanti. T.T




   




















5 comments:

Muhammad said...

yups
bila pergi ke bumi indonesia.
dan lihat hasil kraft mereka.
rasa hebat sangat.

terus me cakap
" if kat malaysia..design kraft,dari perlis sampai ke johor semua sama.but di sini..huaaaaa,macam2 ada ".

u patut pergi jakarta n bandung.
memang habis woooo duit shopping.huuhuh

Iskandar Al-Haziq said...

Hello there Muhammad.
Yes. It was such a wonderful experience at Bali.

Jakarta dan Bandung dah pun pergi. You can check the entry at this link http://iskandaral-haziq.blogspot.com/2008/12/jakarta-oh-jakarta.html.

Jakarta, Bandung, and Bali.
Different perspectives, but I fell in love with Bali. ;)

Thanks for the comment!

Muhammad said...

Salam

huik,camner me boleh terlepas pandang nieh.Ok later me rikki.

Yeah,tu lah.
emang mahu sekali ke pulau dewata.
tapi tunggu rejeki lebih sket.

before bali.
me mahu ke jogyakarta dulu.
insya allah,jika tiada aral.
next year..sampailah.

terima kasih ??
ya..sama2 kembali.

Puan NK said...

hi there, interest to ask something. u guna which travel agent eh? me and husband will go to bali this coming december. yet still do not decide which travel agent to guide us there. any idea? and how much per head they charge u? tq.

IamAin said...

babe..
nk tnya kos diving bp erk?